Thursday, June 16, 2011

Keli Goreng Bercili

Ikan keli merupakan kegemaran kami sekeluarga. Setiap minggu pasti ada menu berasaskan ikan keli. Untuk kali ini, resepi yang akan dikongsikan ialah keli goreng bercili.


Bahan-bahan
7 ekor ikan keli (saiz sederhana) - Kalau ikan keli saiza besar, biasanya saya akan potong 2.
*12 biji cili merah
*1 labu bawang besar
*6 ulas bawang putih
1 sdt pes asam jawa (guna Adabi je, senang)
1 cawan air biasa
5 biji cili padi (bulat2, tak perlu diketuk atau di ricih)
1 labu bawang besar - dipotong bulat sebagai hiasan
Bahan perasa garam dan gula

Cara memasaknya
- Ikan keli digoreng sedikit garing bersama kunyit dan garam. Ketepikan.
- Kisarkan bahan2 yang bertanda * , dan tumiskan dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
- Masukkan pes asam jawa dan air, kacau rata. Biarkan seketika sehingga sambal sedikit kering.
- Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Apabila sambal kelihatan kering, masukkan cili padi dan ikan keli. Gaul sehingga ikan keli rata dengan sambal.
- Akhir sekali, sebelum angkat, masukkan hirisan bawang besar, dan gaul rata lagi. Tutup api, dan hidangkan.

Wednesday, June 15, 2011

Website enakrasa.com ~ jom sertai!

Assalamualaikum semua....
Entry ringkas je kali ini!
Laman web untuk kita semua yang berminat dengan dunia masakan.
Rajin2kan jari anda untuk klik:

Dan rajin2kan jari anda untuk LIKE Facebook ini

Ini ialah tanda sokongan saya pada Puan Admin yang baik hati, kak As Ni Za kita
Kak, Fiza sokong akak 200% ok!
Mari sama2 sertainya......

Tuesday, June 14, 2011

Ayam Halia Berjus Nenas

Kadang-kadang pening kepala jugak memikirkan apa yang perlu dimasak sebagai juadah tengahari. Lagi-lagi kalau bahan di rumah hanya ada sekadar itu saja. Tengok di peti sejuk, ada ayam sahaja sebagai lauk utama, dan ada pulak nenas pemberian jiran sebelah rumah. Maka, terciptalah resepi yang kata Ikhwan, "Sedap la mi, Iwan makan 3 ketul ayam ye" :-)


Bahan-bahan :
10 ketul ayam - digoreng separuh masak
*1/2 biji bawang besar - dihiris
*3 ulas bawang putih - dihiris
*3 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 biji nenas - saiz kecil, di potong dadu ( bahagian tengah nenas dikisar, ambil airnya)
Bahan perasa (garam dan gula secukupnya)
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - untuk pekatkan kuah.

Cara-cara memasak:
- Ayam yang telah digoreng, ketepikan seketika.
- Tumis bahagian yang bertanda *, sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau rata.
- Masukkan jus nenas. Kacau lagi.
- Bila dah agak menggelegak, masukkan ayam goreng tadi.
- Biarkan seketika, dan masukkan pula nenas yang telah dipotong dadu.
- Masukkan pula, bawang besar yang telah dipotong bulat.
- Masukkan sos ikan dan perasakan lagi dengan bahan perasa.
- Untuk memekatkan kuah, tuang bancuhan tepung jagung bersama air.
- Hiaskan dengan sedikit potongan cili merah dan hirisan daun bawang. (Kalau tak nak hias pun tak mengapa, terus je makan. Ni sebab nak tepek sini, hias la kasi cantik sikit :-))


Enak dimakan bersama nasi panas..... Selamat mencuba!

Kuih Ketayap

Terlebih rajin membuat kuih ketayap atas permintaan anak ke-2, Amniy.
 Dihidangkan bersama minum petang.


Bahan adunan tepung:
180 gm tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air daun pandan
Air biasa secukupnya

Bahan - bahan inti :
50 gm kelapa parut
100 gm gula putih / gula melaka
120 ml air biasa
1 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning (kalau guna gula putih)

Cara-cara membuatnya:
Untuk membuat inti:
1. Masak gula air, garam dan daun pandan sehingga gula benar-benar hancur dan berbuih.
2. Kemudian, masukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati dan kering. Ketepikan.

Untuk membuat pan kek:
1. Campurkan tepung, telur, garam, air pandan dan air biasa dalam sebuah mangkuk, kacau sebati.
2. Kisarkan semua bahan supaya ia benar2 hancur dan sebati, kemudian tapis.
3. Tuang sesenduk adunan ke dalam kuali leper untuk memesak sekeping pan kek.
4. Bila pan kek sudah masak, letakkan di atas pinggan leper.
5. Letakkan inti kelapa pada pan kek tadi, dan gulung.


Monday, June 13, 2011

Puding Roti Karamel

Inspirasi dari blog embunrosaliza rasa teruja nak buat... dapat dan terus buat. Kebetulan ada barang kat rumah, Cuma saya kehabisan esen vanilla je, tapi, tanpa esen vanilla, ia tetap menjadi.

 Puding Roti Karamel


Bahan - bahan :
3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya:
- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu,Kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus sehingga masak...


 Baru lepas terbalikkan.....

Siap dimakan....

Kek Lapis Strawberry Coklat

Gatal2 mencuba kek baru, tak pernah lagi membuatnya. Saja mencuba, kot2 sedap. Sebab dari komen orang yang memakannnya, sedap... maka saya publishkan di sini. Kek ni hasil rekaan saya sendiri..

Kek Lapis Strawberry Coklat


Bahan-bahan:
Bahan (A):
180 gm mentega
80 gm gula halus
1 sdt ovallete
4 biji telur (Grade AA)

Bahan (B):
3 sdm susu pekat
4 sdm kaya asli
1 sdt esen vanilla
180 gm tepung gandum
1 sdt baking powder

Bahan (C):
250 ml susu cair

Bahan (D):
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco

Bahan (E):
1 sdt strawberry emuco
1 sdt pewarna merah

Cara-cara membuatnya :
- Ayak tepung gandum bersama baking powder, dan ketepikan.

- Pukul mentega, ovallete dan gula halus sehingga kembang.

- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memukul sehingga sebati.

- Masukkan susu pekat, kaya, esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau rata.

- Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.

- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian :
(A) Campurkan coklat emulco dan cappucino emulco
(B) Campurkan strawberry emulco dan pewarna merah
* Boleh ubah rasa ikut selera masing2.

- Kukus selapi demi selapis, setiap lapisan dikukus antara 4-5 minit.

- Kukusan terakhir 30 minit.

Selepas di keluarkan dari loyang... buruk je nampak.

Topping (ikut suka nak letak atau tidak. Kalau letak lebih sedap rasanya :-))
2 sdb merjerin / butter
1/2 cawan serbuk koko. (Kalau guna serbuk koko Van Houten, kurangkan sikit, kalau tak rasa pahit.)
3 sdb susu cair
4 sdb susu pekat.

Cara - Satukan semua bahan dalam periuk kecil, dan masak secara duoble boiler. Tuang topping atas kek, dan taburkan coklat urai....

Siap untuk dimakan

Sunday, June 12, 2011

Kuih Gertas

Saya tak tahu nama kuih ni apa. Tapi, kata MIL saya, orang Melayu panggil kuih gertas. Dalam bahasa Jawa, ia dipanggil kuih kemplang. Pelik,kan namanya? Ini kuih orang lama, saya suka rasanya yang liat2 lembut... Sedap. Nak2 pulak ada rasa lemak masin di dalam dan manis di luar.


Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi - dikisar bersama 1/2 cawan air sehingga halus
Sedikit kelapa parut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara membuat :
- Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kalau air dari kisaran nasi tadi masih tidak cukup, boleh tambah sikit-sikit. Uli adunan sehingga boleh membentuk. Bentukkan ia ikut seperti kehendak kita.

- Perap doh yang telah dibentuk dalam 1/2 - 1 jam. Tujuan perapan adalah, supaya ketika kita menggoreng kuih ini ia tidak meletup2 di dalam kuali. Kalau terus digoreng, kita akan dapati kuih tersebut meletup kerana adanya tepung pulut.

- Goreng kuih dalam minyak yang panas.

- Selepas digoreng, boleh disira kuih seperti mana kita menyira kuih keria.

- Cara menyira kuih : Masukkan sedikit air dalam kuali, dalam 1/2 cawan, dan masukkan 3-4 sudu besar gula. Masak sehingga air gula kelihatan berbuih dan likat. Kemudian, masukkan kesemua kuih yang telah digoreng. Gaulkan ia dengan pantas. Terus tutup api, dan teruskan menggaul kuih sehingga gula tadi kering dan melekat pada kuih.



Selamat mencuba resepi kuih warisan lama :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...