Friday, July 8, 2011

Japanese Cheese Cake

Assalamualaikum....
Lama blog ni tak berasap, bukan malas, tapi tak de idea dah nak letak resepi yang best2. Kali ni baru ada idea. Petang semalam buat kek keju jepun, tapi macam tak menjadi. Sebab salah teknik kaup balik. Tapi, rasa memang sedap giler... Buat petang, malam selamat!

So, pagi tadi, buat lagi menggunakan teknik yang betul. Harapan amat tinggi ok! Hasilnya......

Walaupun masih nampak lembap, saya puas hati....


Bahan-bahan:
5 keping cheddar cheese 
200ml susu segar 
4 biji telur
70gm gula halus
*70gm tepong
*1 sdt baking powder  
70gm butter
ayak bahan bertanda *

Cara-caranya:
1. Koyak2kan cheese kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. Masak dgn api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter,tutup api.*

2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul telur kuning hingga kembang, masukkan adunan ciz tadi ( 1 ) ke dalam telur kuning yang telah dipukul.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit, kacau perlahan. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup balikan dan sebatikan adunan.

4. Lapik acuan loyang bulat (atau boleh juga sapukan sedikit mentega & taburkan tepung). Tuang adunan kedalam acuan.

5. Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Tips:
* Untuk mengelakkan kek mengecut tiba-tiba, biarkan ia berada dalam oven selepas masak untuk seketika (dalam 20 minit). Biarkan pintu oven terbuka sedikit. Kek ini akan masak sekiranya ia lekang dari loyang.

* Kek ni pun tricky di bahagian meringue dia. Kalau tak jadi kat meringue tu, kek takkan gebu.


 Rasa macam kapas....

 Nampak gebu...

Teknik bain marie atau steam bath

Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya. Pertama kali buat cheese cake,kan? Kak Sue kata masih nampak lembap... tapi, kira ok sangat dah bagi saya..... Terima kasih kak sue, banyak bagi tunjuk ajar.

Tuesday, July 5, 2011

Roti Jala Serawa Durian

Anak sulong buat permintaan nak makan roti jala. Kebetulan petang semalam ada beli durian, jadi terus masak buat bubur durian. Masing-masing dah terbayang, alangkah sedapnya bubur durian dicicah bersama roti jala. Saya pernah postkan resepi roti jala kari ayam di sini. Kali ini roti jala serawa durian pulak.


Bahan- bahan untuk roti jala: 
(sama seperti di sini, tapi saya copy n paste jugak untuk panduan ramai) - (macam ramai je yg membaca blog ini....)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 cawan santan
1 biji telur
1/2 sdt pewarna kuning
Secubit garam

Caranya:
- Satukan semua bahan, dan gaul rata sehingga semua bahan sebati. Tambahkan sedikit minyak dalam bancuhan tadi supaya apabila masak ia tidak melekat di kuali.

- Tapis bahan tersebut, dan kiraikan adunan menggunakan acu roti jala di atas kuali leper.

- Biarkan ia garing seketika, angkat dan gulung dengan segera.


Bahan untuk kuah durian :
(saya tidak menggunakan sukatan tertentu, hanya aci bubuh je)
Durian secukupnya
Air secukupnya
Santan
Daun pandan
Sedikit garam
Gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
- Masukkan durian dalam periuk yang telah berisi air, (jangan banyak sangat, sebab nanti nak masuk santan). Biarkan durian masak, sambil kacau2 manja.
- Apabila isi durian telah terpisah dari bijinya, asingkan biji. (Terpulang mahu asingkan atau tidak kerana saya tak suka tengok banyak sangat biji durian dalam kuah). Masukkan daun pandan yang telah diikat simpul.
- Masukkan pula santan, garam dan gula. Biarkan ia mendidih.

Tips saya: Kalau mahu kurangkan lemak dalam masakan ini, boleh dikurangkan santan. Untuk satu periuk, saya gunakan hanya 100gm santan. Dan apabila kuah hampir masak, saya telah mencampurkan bancuhan air bersama tepung beras. (1 sdb tepung besar dicampur bersama 1/2 cawan air) Supaya kuah durian kelihatan pekat.

Sunday, July 3, 2011

Telur Dadar Bercili

Telur.... satu lauk alternatif kalau dah bosan dengan ikan, ayam, daging... Telur memang sedap. Tapi kalau asyik2 makan telur mata kerbau, telur dadar biasa, telur goreng masak kicap, telur goreng dan rebus bersambal, telur rebus kari dan sebagainya, boring juga yer. Sesekali ubahlah sikit cara masakan.....


 Bahan-bahan:
3 biji telur - dipukul dan didadarkan atas kuali. Kemudian, telur dipotong 4 segi.
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdt cili boh
3 sdb cili sos
2 sdb sos tiram
1 sdb gula
1 sdt garam
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara:
- Ketepikan telur dadar yang telah dipotong 4 segi
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih, tumiskan dalam kuali menggunakan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh, cili sos dan sos tiram. Kacau rata, dan tambahkan sedikit air. Biarkan ia masak sepenuhnya dan mendidih.
- Setelah mendidih dan kuah agak pekat, masukkan pula telur dadar yang telah dipotong 4 segi tadi. Masukkan gula dan garam.
- Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Tutup api, dan hiaskan ia bersama daun sup dan daun bawang.


Makan bersama nasi panas...... selera sekali! Selamat mencuba!

Sup Ayam + Lengkuas

Kadang-kadang hilang idea mahu masak apa dengan daging ayam. Jemu dah asyik memasak menu yang sama, ulang2 tu je setiap minggu. Biasa buat sup biasa tu, tapi kali ni saja la ubah sikit selera tekak ikut resepi dari kotak kiub ayam. Buntu sangat waktu  tu.... Maka, terhasillah Sup Ayam + Lengkuas. Ok jugak rasanya... Makan dengan nasi, sambil gigit sekali lengkuasnya..... Sedap!

 Sup ayam dengan lengkuas

Bahan-bahan:
1.5 liter air
1 ketul kiub pati ayam 
300 gm isi ayam
4 cm lengkuas - dibuang kulit dan dipotong nipis
5-6 biji cili padi (saya guna cili besar hijau jer)
1/4 cawan santan
2 sdb sos ikan
1 sdb jus limau nipis
1 sdb gula (saya letak 1/2 sdb je)
sedikit garam

Cara memasaknya:
- Masukkan air ke dalam periuk, didihkan ia. Masukkan kiub pati ayam dan isi ayam. Biarkan isi ayam masak dan empuk.
- Apabila sudah mendidih dan ayam empuk, masukkan lengkuas, biarkan ia 5 minit.
- Apabila sudah menggelegak, masukkan cili padi, santan dan gula. Tunggu ia mendidih lagi.
- Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun ketumbar. (Saya hias guna daun sup jer)


 Kiub pati ayam.... jarang pun membelinya. Kebetulan pula ada benda ni.

Resepi belakang kotak... sesekali ubah selera.

Sup Spiral Mudah

Sesekali makan malam bersama pasta..... saya dan keluarga menggemari pasta. Anak2 saya pula menggemari yang jenis bersup. Melayan permintaan anak2 yang mahu makan pasta spiral, saya membuat sup spiral mudah mengikut tekak anak2 saya. Ala2 orang Melayu gitu..... :-)


Bahan-bahan:
Pasta spiral - direbus, dan diketepikan seketika
1/2 kiub pati ayam
2 ketul isi ayam - bahagian dada dipotong kecil
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 batang lobak merah
1/2 batang daun saleri
2 biji telur
Sedikit minyak bijan
Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya:
- Masukkan isi ayam ke dalam kuali yang telah panas. Tumis seketika, dan masukkan bawang putih serta kiub ayam. Tumis lagi sehingga ia naik bau.
- Tambahkan air dalam kuali mengikut banyak mana yang kita suka. Biarkan ia mendidih seketika. Sementara itu, potong lobak merah dan daun saleri, dan masukkan ke dalam kuali.
- Apabila kuah sudah mendidih, pecahkan telur ke dalam kuali, masukkan pasta spiral tadi. Biarkan seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula. Sebelum tutup api, titikkan 3-4 titik minyak bijan.
Nota: Boleh tambah cili padi jika suka. Saya tak tambah sebab anak2.

 Sebagai penambah selera orang dewasa, taburkan dengan serbuk hot chili.... atau lada sulah.

Saturday, July 2, 2011

Onde-onde Buah Melaka / Bebola Tepung Pulut

Inspirasi dari kak Sue, tengok kat blog dia, tiba-tiba rasa teringin amat membuatnya. Dulu masa zaman muda remaja pernah beberapa kali tolong ummi saya buat kuih ni. Terutama bila bulan Ramadhan. Lepas tu, bila dah berumahtangga, buat bersama dia yang saya sayang, pertama kali buat masa tu. Masa tu hidup baru berdua, buat banyak2, dan beri pada jiran sebelah rumah sebab anak jiran tu ramai. Kira lama juga saya tak menggentel kuih ni....

Sehinggalah pagi tadi, rasa teringin pula. Selongkar dapur, bahan semuanya cukup. Terus jalankan operasi seorang diri. Kebetulan suami tiada, jadi terpaksalah menggentel seorang diri dengan ribut2 anak2 yang ramai. :-)


Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut (nak menghabiskan stok tepung, dapat 3 cawan je)
  • Jus pandan (4 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air)
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau epal
  • Air secukupnya
  • Gula melaka /gula kabung
  • Kelapa putih
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan air dalam periuk.
- Bancuhkan tepung pulut dan jus pandan, pewarna pandan, garam dan air secukupnya. Uli sehingga tepung tersebut boleh digentel.
- Cubit sedikit doh, gentel2kannya, dan letakkan gula kabung / gula melaka di tengah2 doh. Bulat2kan doh san rebus doh dalam air yang betul menggelegak.
- Apabila doh telah timbul, bermakna ia telah masak. Angkat dan toskan seketika.
- Gaulkan ia terus ke dalam kelapa putih yang telah dicampur dengan sedikit garam. Siap dihidang....

Kuih Kasuwi Pandan

Lama betul tak memasak....:-) Lama ye blog ini menyepi,, bukan bermakna lama saya tak memasak, tapi cuma masak yang cincai2 jer. Sebab mood sekarang ni, swing sikit, jadi nak update blog pun, macam malas. Tapi, saya update juga la sebab tak mahu blog ni terus menyepi....

Saya buat kuih ni, sebab dah bosan dengan variasi yang biasa. Jadi ubah suai sikit supaya ada kelainan rasa, jemu juga kalau selalu sangat makan yang biasa tu. :-)

Kuih Kasuwi Pandan
Bahan-bahan:
(1) 2 cawan air
(2) 2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/2 cawan gula pasir (boleh dikurangkan)
2 sdb susu pekat
Perisa pandan / pandan emulco
Sedikit pewarna hijau
2-3 helai daun pandan
Secubit garam
Kelapa putih (utk gaul)

Cara-cara membuatnya:
- Masak air gula (1) bersama gula pasir dan daun pandan, ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, bancuh air (2) bersama tepung gandum dan tepung ubi sehingga sebati. Masukkan secubit garam, gaul lagi sehingga rata.
- Satukan air gula dengan bancuhan tepung tadi.
- Masukan susu pekat, perisa pandan dan pewarna hijau, dan gaul lagi sehingga betul2 sebati. (Saya kisar guna blender sebab nak cepat)
- Tapiskan bancuhan ke dalam jag dan tuang dalam acuan. (saya gunakan acuan kuih lompang, comel je jadinya. Lebih mudah acuan tersebut disapu dengan sedikit minyak supaya apabila kuih sudah masak, mudah untuk keluarkannya).
- Kukus kuih antara 5-10 minit. Kalau gunakan loyang besar, tambahkan masa kukusan lebih kurang 20-30minit.
- Setelah kuih masak, biarkan ia sejuk seketika, baru keluarkan dari acuan. Atau kalau menggunakan loyang, biarkan kuih sejuk sebelum memotongnya.
- Gaul kuih bersama kelapa putih yang telah dicampurkan dengan sedikit garam Siap untuk dihidangkan.....

Siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...