Ini resepi makcik suami saya, dan saya telah beberapa kali mencubanya.
Kuih Kasuwi sebelom dipotong |
Setelah dipotong dan disalut kelapa |
4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama.
Caranya:
A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.
jangan lupa membaca Bismillah sebelum makan.....
wah kueh ni saya suke.. simple lak tu nak buatnye.. boleh cube ni kalau abang long dah besar sikit.. hikhikhik
ReplyDelete