Sunday, December 12, 2010

Mee Bakso

Salam harmoni,
Hari ni, nak kongsi resepi mee bakso. Resepi asal saya dapat dari internet, cumanya minta maaflah, saya tak ingat di mana saya ambil. Untuk resepi ini, saya ada ubah2 sikit bahan2nya.

Mee Bakso
Bahan-bahan
Mee kering Cintan - 4 keping - direbus (resepi asal guna Mee hoon)
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
*resepi asal tak guna sawi, dia guna kobis yang dihiris nipis
Limau kasturi - sebagai penambah perasa

Untuk Bebola Daging
Untuk menghasilkan bakso yang superb, bebola daging WAJIB ada ye.
400gm daging cincang (saya guna Pak Mely punya. Jenama Ramly la)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putihuk.
(Resepi asal diracik halus sahaja. Tapi saya suka tumbuk)
1 biji telur
1 sudu kecil tepung ubi (tiada tepung ubi, boleh guna tepung jagung)

Untuk Kuah Bakso
3 biji bawang merah dihiris
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 sudu kecil lada putih
(bahan yang bertanda * ditumbuk halus)
1 batang serai - diketuk
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa

Cili Kicap
Cili padi - dicelur dengan air panas
Sedikit gula
Cuka
Kicap

Cara Membuat
Untuk kuah
1. Tumis bawang merah yang dihiris sehingga kekuningan, dan masukkan bahan yang ditumbuk (3 bahan yang bertanda *), tumis hingga garing dan naik bau yang enak. Masukan serai.
2. Kemudian masukan air. Masukan juga kiub ayam, serbuk lada sulah, garam serta perasa. Sementara menunggu sup tu mendidih, boleh buat bebola.

Untuk Bebola
Gaulkan semua bahan untuk bebola daging tu dalam mangkuk, kemudian bentukan ia seperti bola mengikut saiz yang kita mahu. Bila air sup tadi sedikit mendidih, terus masukan bebola dalam sup. Bebola yang sudah masak aka timbul dipermukaan sup. Angkat bebola, dan asingkan dalam mangkuk lain. Jangan terlalu lama bebola dalam sup yang mendidih kerana ia akan keras.

Untuk Cili
1.Tumbuk cili padi yang telah di celur bersama sedikit gula
2.Tambah kicap dan sedikit cuka dalam cili tersebut

Cara Menghidang
Letak mee yang telah direbus, letak togeh, sawi dan bebola daging. Kemudian tuang kuah. Hiaskan dengan sedikit daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Perahkan dengan limau kasturi dan sedikit kicap. Siap untuk dimakan.......

Bebola Daging

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...