Wednesday, July 20, 2011

Puding Roti Berlauk

Pelik,kan? Selalu puding roti rasa manis, kali ni buat cara berlauk pula. Inspirasi ni dapat dari Fiza Nordin, terima kasih Fiza sebab beri inspirasi pada saya. Tapi, saya tak ikut resepi dia, saya buat cara saya sendiri.

Yang tak bestnya, bila lauknya dah siap, roti pun dah siap sedia dalam blender, siap dengan susu dan marjerin, tiba2 tengok telur habis. Dah minta cik suami belikan malam tadi, rupa2nya dia lupa.... Huwaaaa.... rasa nak nagis sekejap. Pastu, positifkan diri.... mesti jadi punya! Kita buat dia, bukan dia buat kita. Terus je jalankan operasi! Meh tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Puding Roti Berlauk


Bahan-bahan lauk:
250 gm ayam kisar (jenama Ramly)
2 biji kentang - dipontong dadu kecil
3 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sdb rempah kurma serbuk
Sedikit air
Garam dan gula sebagai perasa

Cara membuatnya:
* Sediakan lauk dahulu...
~ Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
~ Tambahkan rempah kurma, dan kacau rata, kemudian tambahkan sedikit air. Kacau rata.
~ Masukkan ayam kisar, biarkan ia masak seketika.
~ Kemudian, masukkan kentang yang telah dipotong dadu.
~ Biarkan kentang lembut dan ayam kisar masak sepenuhnya.Kalau air kurang, tambahkan sikit. Tutup kuali anda.
~ Apabila kentang sudah lembut dan sudah kering, perasakan dengan garam dan gula. INGAT! Janag letak garam di awal masakan anda, kerana kentang akan menyerap rasa masin dan manis.
~ Ketepikan seketika.

Baru keluar oven... sejukkan seketika

Bahan-bahan untuk membuat bingka / puding
10 keping roti (saya guna roti Gardenia)
3 sdb marjerin
400 ml susu cair (1 tin) + 75 ml susu cair (saya tambah 75ml susu cair sebab tiada telur)
1 biji telur (kalau tambah telur, tak perlu tambah 75 ml susu cair)
1/2 sudu garam

Cara membuatnya :
~ Koyak-koyakkan 8 keping roti sedikit demi sedikit, masuk dalam pengisar, dan kisar bersama marjerin dan susu cair. Susu cair boleh di masukkan sedikit demi sedikit.
~ Kalau letak telur, boleh masuk terus telur dalam pengisar dan kisar sehingga adunan halus. Tambahkan garam, dan kisar lagi.
~ Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin. 2 keping roti lebihan tadi di koyak2kan dan masukkan ke dalam adunan tadi.
~ Ratakan lauk yang telah siap tadi di atas adunan, dan tekan2 sedikit supaya lauk tenggelam. Sedikit saja tau!
~ Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celcius, selama 50 minit (lebih kurang).
~ Keluarkan loyang dari oven, dan tambah lauk ikut suka anda. Dan sambung lagi membakar selama 10-15 minit berikutnya.
~ Apabila selesai membakar, keluarkan dari oven, dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Sejukkan seketika, baru potong!

 Memang lain dari yang lain.... sedap betul rasanya.
Sesuai dengan tekak saya

Kasi zoom sikit!

Ok, selamat mencuba pada yang suka pada resepi ini.

7 comments:

  1. kite dah datang tadi tp n3 belum keluar kot.... terima kasih pd k hanieliza jugak kerana berkongsi resipi ni... sy cuma panjang2kan aje heheheee

    a'way ok je kan walaupun xde telur. alhamdulillah, menjadi jugak ye....

    ReplyDelete
  2. mcm nak try wat je..suami mira suke sgt puding roti..mira amik resepi ni blh ye kak fiza...?

    ReplyDelete
  3. Fiza Nordin,
    terima kasih juga pada awak, beri inspirasi.
    walaupun tiada telur, mmg tetap menjadi. lenkali try resepi awak pulak.

    ReplyDelete
  4. tumpang baca resepi..nak try buat lepas ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...