Monday, July 25, 2011

Roti Kopi # Roti Boy # Mexican Bun

Saya dan suami memang dah lama mencari resepi roti ni, dulu2nya, selalu la membeli kat kedai bakery Tesco.  Tapi, sebab kat Tesco tu tak nampak tanda halal, kami hentikan pembelian. Sekalipun ada sijil halal, tapi tidak dipamerkan, dan pengguna seperti saya rasa ragu-ragu untuk memakannya, untuk apa saya teruskan pembelian. Saya perlu jaga hati dan darah keluarga. Jadi, saya cuba mencari resepi di internet. Alhamdulillah, dapat..... Seronok sangat sebab percubaan pertama kami membuat roti ini berhasil.

Roti Boy / Mexican Bun

Resepi asal adalah dari Diana @ MyResepi, tapi saya telah kurangkan sukatannya kepada 2 bahagian. Kalau ikut resepi asal, untuk 500 gm tepung roti, hasil roti akan dapat 17 biji. Tapi, saya menggunakan tepung superfine, dapat roti 13 biji. Agaknya tepung roti tu lain kot dengan tepung superfine. Tak kisah la, yang penting, saya amat berpuas hati dengan roti ni. :-)

Bahan-Bahan

·         # Bahan untuk Inti #
·         50 gram mentega bergaram, dilembutkan
·         1/4 sudu teh esen vanilla
·         25 gram gula perang

·         # Bahan untuk Topping #
·         50 gram mentega, dilembutkan
·         40 gram gula aising, diayak
·       1  biji telur, dipukul sedikit
·         1 1/2 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 1 sudu besar air
·          50 gram tepung serbaguna, diayak

·         # Bahan untuk Doh Manis #
·         250 gram tepung roti, diayak (saya guna tepung superfine)
·         10 gram tepung susu, diayak (saya tak guna, sebab dah guna susu segar)
·         35 gram gula kaster
·         1/2  sudu teh) garam
·         1 1/2 sudu teh yis segera
·         1/2 biji telur, dipukul sedikit
·        135 gram (135 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air) - (saya guna susu segar)
·         30 gram mentega, dilembutkan

Cik suami saya tengah pipekan topping kat atas roti sebelum roti masuk oven

Roti yang sudah sedia untuk dibakar

Cara-cara
1.    Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

2.    Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi atau NESCAFE. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag (saya masukkan dalam plastik je, sebab tiada piping bag) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

3.    Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. (Selepas menguli gunakan mixer, saya uli doh dengan menggunakan tangan sambil ambil sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh kelihatan licin dan lembut) Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 50 gram (boleh dapat 13 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

4.    Cara untuk membuat Roti Boy : Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

 Hasil selepas bakar, baru keluar oven, panas-panas terus snap gambar 
Excited wei! Heheheh...

 Finally.... Hehehe... sama macam kedai punya daaa....!

Sebelum makan, meh kasi zoom dalamnya.... terliur tak?

Memang best bila dapat hasilkan sendiri roti ni, roti kegemaran saya sekaluarga. Jadi, apa tunggu lagi, mari mencuba!

17 comments:

  1. terliur! nyum-nyum nyum, buleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  2. wah...suka sgt roti nie..papa roti kn..alamak...byk nya nk kena buat ..huhuhu....sedap nie fiza....tp malas la nk buat ..byk sgt bhnnya....huhuuhu

    ReplyDelete
  3. ayu ibrahim,
    sebenarnya, bhn tak byk mana, cuma byk step jer....

    ReplyDelete
  4. marvellous...nida penah buat roti biasa tp mixer (elba) mcm x boleh nk uli doh, nmpk mcm berat je..terpaksa guna tangan. nk cuba seali lagi wat roti tp kali ni roti boy plak

    ReplyDelete
  5. nieda,
    mixer fiza pun tak boleh uli jauh, dpt uli separuh jalan je, pastu sambung dgn tgn. try la... tak rugi tau!

    ReplyDelete
  6. WuMing simpan kat menu bar terus blog nii... suka resipi buat kuih ni..Bagi isteri

    ReplyDelete
  7. boleh gak nak cuba satu hari nanti (bila tu x tahu lah he..he..). buat roti ni takut nak cuba pasal takut tak jadi!

    ReplyDelete
  8. salam, nk tanye
    Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. suhu suam ni mcm mane? x fhm sgt :)

    ReplyDelete
  9. liyana,
    saya dah jawab kat shoutmix awak yer... terima kasih!

    ReplyDelete
  10. nak tanya mentega bergaram dan x bergaram tu macamana..adakah mentega biasa tu je..

    ReplyDelete
  11. assalam .. sis fiza .. sy followers baru kak fiza .. terima kasih atas segala resepi yg diberikan ye .. :)

    ReplyDelete
  12. Salam sisi, time kasih share resipi.. nt nk try :)

    ReplyDelete
  13. Tq atas perkongsian resepi..jariah anda saya hargai..syukran jazilan..hrp roti kopi pertama saya menjadi..

    ReplyDelete
  14. terima kasih. dah cuba mmg cantik kejadiannya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...