Monday, July 18, 2011

Kuih Cara Inti Kaya (sedikit tutorial)

Saya pernah post resepi kuih cara kaya dalam blog ini dulu. Ada yang minta saya tunjukkan bagaimana saya memasukkan inti kaya di dalam kuih tersebut. Tapi, sebelum tu, saya ada membuat sedikit perubahan pada resepi kali ini. Ini disebabkan saya menggunakan santan kelapa asli, berbanding yang dulu saya menggunakan santan serbuk.

 Kuih Cara Inti Kaya


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan - 3 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air biasa
1 cawan santan
1 cawan air biasa
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Kaya pandan sebagai inti

Cara:
- Satukan semua bahan, kisarkan. Tapis, dan masukkan dalam jag supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan. Campurkan sedikit minyak masak (tapi, saya lebih suka menggunakan minyak jagung) supaya kuih tidak melekat pada acuan apabila sudah masak.

 Bahan adunan telah siap ditapis dan dimasukkan ke dalam jag. Inti kaya pula, di masukkan ke dalam plastik seperti gambar di atas, dan guntingkan sedikit di bucu plastik.

 Setelah tuang adunan kuih ke dalam acuan, (api harus kecil sahaja), picitkan inti kaya ke dalam bancuhan tadi. (Lihat gambar ye....) Dan setelah memasukkan inti ke dalam semua bahagian, tutup acuan tersebut dengan tudung periuk. Besarkan api sedikit. Biarkan seketika sehingga kuih masak sepenuhnya.

 Dah masak, angkat dengan sudu, dan hidangkan seperti ini..... Budak2 memang suka!

Lihat...... didalamnya bukan gula, tapi kaya!

Selamat mencuba!

10 comments:

  1. mesti cuba..saya paling suka kuih nihhh =D yummy

    ReplyDelete
  2. izwa,
    terliur, boleh la try.
    mesti sufiya suka..

    ReplyDelete
  3. comel2 kuih caranya tu.. uishh teringin nak buat jugak. kaya lak tak de..

    ReplyDelete
  4. salam kak izahdaut...
    comel eh? hehe...terima kasih. tak pe, esok beli kaya, boleh buat. kaya byk kat kedai. :-)

    ReplyDelete
  5. lame tak makan kuih cara...selalu bulan pose je baru merasa.alahai bulan pose, semua jenis kuih pun ade, kan....

    ReplyDelete
  6. Fiza Nordin,
    kuih kegemaran anak2 ni kena selalu buat. kdg2 naik muak kita membuatnya.

    ReplyDelete
  7. Salam Fiza, nak tnya kuih cara ni tahan brapa lama ya...kalu sya wat mlm sok mc ok ka? tak basi? :) tq..

    ReplyDelete
  8. salam Ryn Noy,
    saya tak pernah pulak test ketahanan kuih cara ni. sebab ada santan, rasanya tak boleh tahan lama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...