Tuesday, July 5, 2011

Roti Jala Serawa Durian

Anak sulong buat permintaan nak makan roti jala. Kebetulan petang semalam ada beli durian, jadi terus masak buat bubur durian. Masing-masing dah terbayang, alangkah sedapnya bubur durian dicicah bersama roti jala. Saya pernah postkan resepi roti jala kari ayam di sini. Kali ini roti jala serawa durian pulak.


Bahan- bahan untuk roti jala: 
(sama seperti di sini, tapi saya copy n paste jugak untuk panduan ramai) - (macam ramai je yg membaca blog ini....)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 cawan santan
1 biji telur
1/2 sdt pewarna kuning
Secubit garam

Caranya:
- Satukan semua bahan, dan gaul rata sehingga semua bahan sebati. Tambahkan sedikit minyak dalam bancuhan tadi supaya apabila masak ia tidak melekat di kuali.

- Tapis bahan tersebut, dan kiraikan adunan menggunakan acu roti jala di atas kuali leper.

- Biarkan ia garing seketika, angkat dan gulung dengan segera.


Bahan untuk kuah durian :
(saya tidak menggunakan sukatan tertentu, hanya aci bubuh je)
Durian secukupnya
Air secukupnya
Santan
Daun pandan
Sedikit garam
Gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
- Masukkan durian dalam periuk yang telah berisi air, (jangan banyak sangat, sebab nanti nak masuk santan). Biarkan durian masak, sambil kacau2 manja.
- Apabila isi durian telah terpisah dari bijinya, asingkan biji. (Terpulang mahu asingkan atau tidak kerana saya tak suka tengok banyak sangat biji durian dalam kuah). Masukkan daun pandan yang telah diikat simpul.
- Masukkan pula santan, garam dan gula. Biarkan ia mendidih.

Tips saya: Kalau mahu kurangkan lemak dalam masakan ini, boleh dikurangkan santan. Untuk satu periuk, saya gunakan hanya 100gm santan. Dan apabila kuah hampir masak, saya telah mencampurkan bancuhan air bersama tepung beras. (1 sdb tepung besar dicampur bersama 1/2 cawan air) Supaya kuah durian kelihatan pekat.

2 comments:

  1. salam perkenalan husna, terima kasih ye dtg sini. senang je membuatnya, try la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...