Friday, June 10, 2011

Apam Mentega Gula Hangus (II)

Dapat resepi dari Kongsi Resepi kat FB. Puteri Tega yang publish resepi ni... Saya beri nama Apam Mentega Gula Hangus. Dah ubah sikit resepi untuk lebih kurang 24-25 biji je. Resepi asal dapat 50 biji, sapa nak makan banyak2. Buat kenduri boleh ler... Heheheh....

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
      1/2 cawan air
      125 gm mentega
(B) 1/2 cawan gula pasir
      2 biji telur
      *1 1/2 cawan tepung gandum
      *1/2 sdt soda bikarbonat
         (*diayak bersama)
        200 ml susu cair
        1/2 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih. (Saya gunakan acuan apam puteri ayu dan acuan apam biasa). Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kalau nak tuang penuhkan acuan pun tidak mengapa, kerana bila ia masak, ia tak kan melimpah. Cuma gebu jer....

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan....


Hasil selepas kukusan, kuih sangat lembut, gebu dan lembap... enak! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi....

7 comments:

  1. salam lama dah cari resepi ni..tq boleh cuba

    ReplyDelete
  2. bahan2 pun nampak senang..semua dah ada kat rumah..bila la nak try ni..

    ReplyDelete
  3. sy pun baru je buat apam gula hangus ni tapi xletk mentega...sedapkan apam ni, sy suka sgt...bila2 nak try version fiza pula..=)

    ReplyDelete
  4. salam Fiza...acuan tu nk disapu minyak tak?

    ReplyDelete
  5. w salam noorsafone,
    acuna tak perlu letak minyak pun tak pe. setakat yg fiza buat, mmg tak letak minyak, sebab dlm gula hangus dah ada mentega....
    tunggu suam2 sikit baru keluarkan.insya Allah, jadi jer...

    ReplyDelete
  6. Thanks fiza...mama nk cuba nanti...thanks for sharing...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...