Tuesday, June 14, 2011

Kuih Ketayap

Terlebih rajin membuat kuih ketayap atas permintaan anak ke-2, Amniy.
 Dihidangkan bersama minum petang.


Bahan adunan tepung:
180 gm tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air daun pandan
Air biasa secukupnya

Bahan - bahan inti :
50 gm kelapa parut
100 gm gula putih / gula melaka
120 ml air biasa
1 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning (kalau guna gula putih)

Cara-cara membuatnya:
Untuk membuat inti:
1. Masak gula air, garam dan daun pandan sehingga gula benar-benar hancur dan berbuih.
2. Kemudian, masukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati dan kering. Ketepikan.

Untuk membuat pan kek:
1. Campurkan tepung, telur, garam, air pandan dan air biasa dalam sebuah mangkuk, kacau sebati.
2. Kisarkan semua bahan supaya ia benar2 hancur dan sebati, kemudian tapis.
3. Tuang sesenduk adunan ke dalam kuali leper untuk memesak sekeping pan kek.
4. Bila pan kek sudah masak, letakkan di atas pinggan leper.
5. Letakkan inti kelapa pada pan kek tadi, dan gulung.


4 comments:

  1. Salam singah sini negok ada kuih ketayap aka kuih gulung...lama pulak x main gulung2 ni hehe..sdp tu buat utk manu minum ptg....

    ReplyDelete
  2. W sala Shiela, terima kasih sudi singgah. hehehe, jom, petang ni main gulung2.

    ReplyDelete
  3. singgah jap cari idea.hehe
    bahan2 dah cukup..blh la buat hidangan buat suami berbuka puasa ptg ni..

    ReplyDelete
  4. FazMiera,
    singgah lama sikit pun ngapa eh...hehe. sila la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...