Monday, June 27, 2011

Puding Roti Karamel Lapis Coklat

Bosan je rasanya.... dah beberapa hari tak masukkan resepi masakan tah hapa2 dalam blog ini. Pagi ni, sebagai terapi saya, saya buat puding roti karamel lagi. Nak buat kek, tapi ada beberapa bahan utama telah habis. Jadi, belek2 dapur, nampak pulak bahan untuk puding roti, cukup. Selalu dah buat puding roti karamel biasa, Tapi, kali ni, bagi kelainan sikit, kita buat lapis coklat.

 Puding Roti Karamel Lapis Coklat


Bahan-bahan :
(bahan-bahannya, lebih kurang dengan puding roti karamel, tapi saya letak juga la sebab mungkin lain kali saya malas nak refer kat situ :-), dan saya juga ada buat penambahan pada bahan.)

3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna kuning

 Selepas diterbalikkan....

Cara-cara:
- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco.
- Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit.
- Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.


 Cantik tak lapisan tu....

Enak dimakan ketika sejuk

Untuk mendapat rasa yang lebih enak dan segar, masukkan ia dalam peti sejuk, dan nikmatilah ia dengan penuh rasa bahagia... :-)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...